Jangan Biasakan Meminta Oleh-oleh dari Sahabat Yang Sedang Melancong
DISADARI ataupun tidak, kita selalu meminta “buah tangan” atau ole-ole apabila keluarga atau sahabat kita sedang melancong, begitu juga sebaliknya. “Jangan lupa ole-ole ye…”, adalah kata-kata yang “lumrah” didengar. Namun, tahukah anda bahawa RASULULLAH shallallahu alaihi wasallam melarang seorang muslim untuk meminta-minta dari orang lain, tanpa ada keperluan yang mendesak.
Kerana perbuatan meminta-minta merupakan perbuatan menghina diri kepada makhluk dan menunjukkan adanya kecenderungan kepada dunia dan keinginan untuk memperbanyakkan harta.
Dan Rasulullah mengkhabarkan bahawa barangsiapa yang melakukan perbuatan meminta-minta ini, maka dia akan didatangi pada hari kiamat dalam keadaan tidak ada sepotong dagingpun yang melekat di wajahnya. Ini sebagai balasan yang setimpal baginya kerana kurangnya rasa malu untuk meminta-minta kepada sesama makhluk.
“Terus-menerus seseorang itu suka meminta-minta kepada orang lain hingga pada hari kiamat dia datang dalam keadaan di wajahnya tidak ada sepotong dagingpun,” (HR. Al-Bukhari no. 1474 dan Muslim no. 1725).“Sesungguhnya harta ini adalah lazat dan manis. Maka siapa yang menerimanya dengan hati yang baik, nescaya ia akan mendapat manfaatnya. Namun, siapa yang menerimanya dengan nafsu serakah, maka dia tidak akan mendapat berkahnya, dia bagaikan orang yang makan tetapi tidak pernah merasa kenyang. Dan tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah, “(HR. Al-Bukhari no. 1472 dan Muslim no. 1717).
Ringankanlah orang yang menjalani Safar kerana safar adalah potongan dari azab.
Abu Hurairah meriwayatkan dari Nabi Saw bersabda,
Abu Hurairah meriwayatkan dari Nabi Saw bersabda,
“Sekitar (safar) itu adalah sebahagian dari siksa. Ia menghalang seseorang daripada makan, minum dan tidurnya. Maka apabila seseorang telah selesai dari urusannya hendaklah ia segera pulang ke keluarganya, “(HR Bukhari dan Muslim). “Dikatakan sebahagian dari azab, karena safar akan meninggalkan segala yang dicintai,” (Fathul Bari, Ibnu Hajar).
Boleh jadi yang dimaksudkan dicintai ini adalah keluarga yang ia cintai, rumah yang selesa, ibadah yang teratur, dan lain-lain.
Sedang setiap perjalanan tiada jaminan akan dapat kembali, mengapa kita bebani dengan titipan dan amanah yang membebankan.
Sekadar tips buat yang bersafar, untuk menjaga saudara kita dari meminta, jika lebihan rezeki akan lebih indah jika kita memberi sedikit ole-ole kerana tangan di atas lebih mulia.
Dan tips untuk yang menerima ole-ole bersyukurlah atas setiap bentuk rezeki yang diperoleh kerana dengan bersyukur kita akan semakin mendapat nikmat yang banyak.
Sumber : Alifchannel
Sumber : Alifchannel